MAIPs salur RM5,998,500 bantuan fitrah - Utusan Malaysia

MAIPs salur RM5,998,500 bantuan fitrah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sebanyak RM5,998,500 bantuan fitrah untuk tahun 1445 Hijriah bersamaan tahun 2024 Masehi.

Sumbangan berkenaan merupakan peruntukan MAIPs untuk diagihkan kepada 11,997 penerima yang terdiri daripada golongan fakir miskin yang memerlukan.

Berkenan mengurniakan sumbangan tersebut adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs dalam satu majlis di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau.

Dalam hubungan itu, Ketua Pengawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor meminta para amil zakat agar sentiasa prihatin dengan keperluan golongan asnaf dan mereka yang berkeperluan.

“Fungsi amil adalah merupakan tugas yang begitu mulia serta merupakan pemudah cara dalam membantu MAIPs menjalankan peranannya.

“MAIPs amat menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan,” katanya.

Pada majlis berkenaan baginda turut berkenan menyempurnakan simbolik agihan melalui 5 zon kariah yang dikenalpasti oleh amil zakat MAIPs diseluruh negeri Perlis.

Untuk rekod seramai 2,056 penerima di zon utara melibatkan agihan sebanyak RM1,028,000, 2,682 di zon selatan dengan agihan RM1,341,000, 2,375 di zon timur dengan agihan RM1,187,500, 2,233 di zon barat dengan agihan RM1,116,500 dan di zon tengah seramai 2,651 penerima dengan agihan RM 1,325,500.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya