MAIPs peruntuk RM3,474.592 bagi pelaksanaan SAPPs - Utusan Malaysia

MAIPs peruntuk RM3,474.592 bagi pelaksanaan SAPPs

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan peruntukan MAIPs di Bazaar Raya Karnival Kangar Jaya, Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sejumlah RM3,474.592 bagi pelaksanaan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, sumbangan tersebut adalah merupakan komitmen MAIPs dalam menguatkan pengajaran pendidikan Islam di peringkat asas.

“Ini adalah usaha bagi memberikan kefahaman agama Islam yang komprehensif dalam kalangan kanak-kanak di Perlis,” katanya semasa Majlis Simbolik Penyerahan Peruntukan MAIPs itu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Bazaar Raya Karnival Kangar Jaya, di sini, baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan berkenaan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPs, Muhammad Haafizuddin Abirerah.

Di samping itu, baginda turut berkenan berangkat merasmikan penganjuran Bazaar Raya Karnival Kangar Jaya tersebut.

Pada majlis sama, seramai 20 orang asnaf terpilih juga menerima agihan zakat yang disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya