Mahsuri Dagang, Media Mulia agih 1,000 pek bubur lambuk di PPR Seri Semarak

Mahsuri Dagang, Media Mulia agih 1,000 pek bubur lambuk di PPR Seri Semarak

Roslan Mahayudin menyerahkan bubur lambuk sumbangan Mahsuri Dagang kepada orang ramai di sekitar PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, hari ini.

Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk itu merupakan anjuran kali ketiga Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. bersama Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB).

Agihan bubur lambuk itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan selain menyantuni komuniti setempat dengan berkongsi rezeki juadah berbuka.

Pengarah Mahsuri Dagang, Datuk Roslan Mahayudin turut hadir menjayakan program berkenaan.

Program berkenaan bermula dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk di Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak bermula seawal pukul 8 pagi tadi dibantu oleh ahli kariah surau dan kakitangan MMSB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN