PETALING JAYA: MIC menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja dengan melucutkan kewarganegaraannya selepas tidak lagi setia pada negara. Ketua Penerangan MIC, R. Thinalan berkata, individu seperti Ganesparan menjadi ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara. Menurut beliau, ia boleh menyebabkan berlakunya kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama sehingga boleh berlakunya pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa. “Maka, MIC menggesa tindakan segera diambil oleh kerajaan agar anasir tidak setia kepada negara dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat serta negara kita. “Kewarganegaraan Ganesparan harus dilucutkan kerana individu itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya