PETALING JAYA: Polis mengesan lima individu termasuk seorang Datuk dipercayai terlibat kes samun membabitkan urus niaga emas hingga kerugian RM300,000 di Taman Melawati, 15 Mac lalu. Kelima-lima suspek diburu selepas penahanan tiga wanita berusia 31 hingga 58 tahun di sekitar Ampang Jaya dalam serbuan berasingan pada Jumaat dan Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mereka ditahan susulan laporan seorang lelaki yang mendakwa diperdaya pada 15 Mac lalu. Katanya, dalam laporan itu, mangsa bersama rakannya membuat urus niaga berkaitan jongkong emas dengan seorang wanita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya