TOKYO: Seorang lelaki maut selepas jaket yang dipakainya tersangkut di susur tangga eskalator di stesen kereta api Ibaraki, semalam.
The Japan Times melaporkan mayat mangsa berusia 72 tahun yang tinggal di Hitachi itu ditemukan oleh pekerja di stesen Mito.
Walaupun insiden itu menyebabkan Mamoru Suzuki jatuh rebah, namun, dia masih sedarkan diri pada malam kejadian.
Mangsa dikejarkan ke hospital dan tidak lama kemudian jatuh pengsan serta disahkan meninggal dunia.
Punca kematian belum dapat disahkan dan pihak polis masih meneliti rakaman kamera litar tertutup di stesen tersebut.