KUALA LANGAT: Perbuatan seorang lelaki dipercayai mabuk sambil membawa parang di tepi Jalan Kampung Morib, Banting di sini, memakan diri apabila dicekup polis semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian itu dikesan tular menerusi Facebook memaparkan suspek berusia 31 tahun memegang parang panjang sambil mundar mandir di lokasi kejadian. “Siasatan awal mendapati suspek dipercayai dalam keadaan mabuk ketika kejadian. “Suspek yang juga buruh ladang bertindak demikian dipercayai akibat masalah rumah tangga,” katanya kepada pemberita. Tambah beliau, suspek diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya