SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan agensinya, Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) disarankan tidak terikat dengan sistem pendidikan sedia ada bagi menyediakan latihan peningkatan kemahiran kepada pekerja. Malah, kedua-dua kementerian dan agensi itu diminta menjadi pelopor kepada penyediaan latihan peningkatan kemahiran dalam bidang teknologi khususnya berkaitan kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan perkembangan dan perubahan dialami seluruh dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memberi tempoh sebulan kepada Kesuma dan Perkeso untuk merangka dan mencadangkan perubahan dan pelaksanaanya kepada mesyuarat jemaah menteri. Menurutnya, perubahan dan kejutan baharu dalam penyediaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya