Lagu Hasrat kenangan terakhir pendaki meninggal dunia

Lagu Hasrat kenangan terakhir pendaki meninggal dunia

GAMBAR terakhir Syakenal Firdaus Yusoff ketika tiba di puncak Gunung Baling sebelum dia mengalami sesak nafas di Baling, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Ahli keluarga kepada lelaki yang meninggal dunia selepas mendaki Gunung Baling, semalam tidak menyangka lagu Hasrat yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-38, baru-baru ini menjadi kenangan terakhir mereka.

Mangsa, Syakenal Firdaus Yusoff, 39, pada mulanya dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang menuruni gunung berkenaan pada pukul 12.13 tengah hari.

Kakaknya, Siti Ruhaiza, 49, berkata, arwah ada meninggalkan komen dalam status WhatsApp adik mereka, Saiyidah Anis mengenai klip video lagu tersebut pada malam sebelum kejadian.

“Dia tulis kepada adik, ‘Lagu healing (rehat minda) naik gunung ni’ dan Saiyidah membalas ‘teriaklah’ sebelum dia komen semula agar jangan menangis sangat.

Mungkin itu petanda dia akan meninggalkan kami dengan cara berpesan agar kami jangan menangis dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui, semalam.

Akhbar ini melaporkan, mangsa mendaki Gunung Baling bersama rakan-rakannya sebelum bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian menimpa lelaki itu.

Siti Ruhaiza berkata, adiknya aktif melakukan aktiviti pendakian tetapi pertama kali mendaki Gunung Baling bersama rakan baiknya dan keadaan kesihatannya juga baik.

“Sebelum bergerak ke Baling, dia meminta izin ayah, Yusoff Hussain, 79, dan sempat solat Subuh di Masjid Ridzuaniah sebelum mendaki. Ayah juga ada hubunginya dan dia minta jangan risaukannya.

“Sekitar 11 pagi, ayah sekali lagi hubunginya, namun tiada jawapan sebelum kami dapat panggilan daripada rakannya yang dia tidak sedarkan diri. Pada pertengahan jalan menuju ke Baling kami dapat perkhabaran adik telah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, seorang malim gunung, Muhammad Hanif Muhammad Abdul Wahid, 25, berkata, arwah kelihatan ceria dan gembira sepanjang pendakian selain sering bergurau dengan rakan-rakannya.

“Terdapat tiga kumpulan yang mendaki Gunung Baling termasuk arwah. Kejadian berlaku ketika kami dalam perjalanan turun, kumpulan arwah turun dahulu tapi tiba-tiba kawan dia hubungi kami bertanyakan minuman kerana hendak bagi arwah minum setelah didapati letih dan sesak nafas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya