PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya mengumpul dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM11.5 juta. KPM dalam kenyataan memaklumkan, dana itu dikumpul menerusi penganjuran acara Minggu Solidariti Palestin yang dilaksanakan di semua institusi pendidikan KPM termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak. Menurutnya, sumbangan itu diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri selaku kementerian yang bertanggungjawab menyelaras bantuan Kerajaan Malaysia kepada Palestin. “Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Setiausaha KLN, Datuk Seri Amran Mohd Zin untuk menyerahkan cek sumbangan kutipan itu. “Kedua-dua pihak turut berkesempatan bertukar pandangan berhubung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya