IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Pengkalan 11, Pusing di sini semalam. Serbuan melalui Op Tiris 3.0 pada pukul 4 pagi itu dijalankan selepas risikan mendapati terdapat aktiviti pembelian mencurigakan di stesen-stesen minyak di sekitar Batu Gajah. Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil risikan selama seminggu ke atas sebuah lori ‘bonded’ telah membawa ke lokasi yang dijadikan sebagai tempat pengumpulan minyak diesel. Katanya, ketika serbuan dibuat, lori tersebut sedang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya