BAGAN DATUK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah premis di Simpang 4, Hutan Melintang di sini semalam. Dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu, sebanyak 4,415 liter minyak diesel bersubsidi dan beberapa barang kes dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM1 juta. Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi dijalankan hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan selama seminggu di sekitar Hutan Melintang. Katanya, berdasarkan risikan, modus operandi sindiket itu adalah dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya