GERIK: Komuniti pemancing bersama penduduk tempatan menggesa tindakan segera diambil terhadap sekumpulan individu yang didakwa menggunakan bom ikan di sungai dalam kawasan Hutan Simpan Temengor, Hulu Perak. Wakil mereka, Rospaizal Ismail mendakwa, tindakan beberapa individu tersebut menjejaskan ekosistem sungai terutama membabitkan spesis ikan. “Kami sangat kecewa dengan sikap segelintir individu ini. Kalau memancing kami tidak marah, tetapi perbuatan seperti ini boleh dikatakan khianat yang merosakkan ekosistem. Cara mereka tidak betul. “Saya tahu ikan yang kena bom atau kena renjat elektrik. Perkara itu saya ambil berat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya