Minggu ini bermulalah sesi pembelajaran anak-anak di sekolah. Sejak seminggu yang lalu, pihak sekolah dan guru-guru telah melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk memberi ruang anak-anak menguasai persekitaran sekolah khususnya murid tahun satu. Pengalaman pembelajaran secara formal akan bermula minggu ini dan tentunya tanggungjawab menjayakan pembelajaran anak-anak ini bukan hanya kepada guru dan pihak sekolah tetapi juga kepada para ibu bapa dan komuniti. Dua bulan lalu, Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan Kongres Ekonomi Bumiputera telah menjalankan kajian tentang isu-isu pendidikan Bumiputera. Kajian ini telah dijalankan sepanjang bulan Januari dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya