IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan mengumumkan bantuan khas Aidilfitri buat penjawat awam, sekali gus mengekalkan tradisi tersebut sejak 10 tahun lalu. Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, pemberian bonus itu juga dapat menjana impak pusingan ekonomi negara apabila penjawat awam mampu berbelanja lebih bagi memberi manfaat kepada para peniaga. “CUEPACS mohon kepada Perdana Menteri supaya mengekalkan tradisi sepanjang 10 tahun yang lalu iaitu memberi bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam menjelang setiap kali perayaan Aidilfitri. “Kerajaan (Pusat) belum mengumumkan dan kami merayu supaya kerajaan mengumumkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya