KUALA LUMPUR: Selepas tertangguh dua kali, Mahkamah Rayuan dijangka membuat keputusan terhadap rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berhubung sabitan dan hukuman penjara serta denda dikenakan terhadapnya kerana didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Keputusan itu akan dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M Komathy Suppiah. Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd. Isa, 74, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya