Kenaikan SST sektor terpilih, redakan impak terhadap rakyat

Kenaikan SST sektor terpilih, redakan impak terhadap rakyat

IMPAK kenaikan SST tidak terlalu ketara kepada pengguna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak dua peratus daripada enam kepada lapan peratus hanya memberi kesan minimum kepada para pengguna dan sektor perniagaan.

Pakar percukaian menegaskan kadar cukai tambahan itu hanya dikenakan kepada sektor terpilih manakala sesetengah perniagaan besar mungkin menampung kos tambahan dengan insentif cukai yang bakal diterima.

Penasihat Dasar Percukaian Kanan KPMG, Veerinderjit Singh berkata, impak kenaikan SST tidak terlalu ketara kepada pengguna.

“Sebagai contoh, jika bil membaiki pendingin hawa adalah RM300, bayaran termasuk cukai RM324. Ia tidaklah besar sangat.

“Nasib baik peningkatan hanya terpakai kepada beberapa jenis perkhidmatan sahaja,” katanya.

Bermula 1 Mac lalu, kerajaan menaikkan kadar SST daripada enam kepada lapan peratus menerusi Peluasan Asas Fiskal di bawah Komitmen Reformasi Fiskal ketika pengumuman Belanjawan 2024 pada tahun lalu.

VEERINDERJIT SINGH

Dalam pada itu, Veerinderjit berkata, makanan dan perkhidmatan telekomunikasi dikecualikan kenaikan SST.

Tambahnya, kadar kenaikan SST disifatkan munasabah, namun kerajaan mesti mencari jalan memastikan peningkatan tidak mennyebabkan kenaikan harga terlalu tinggi.

Katanya, RM3 bilion dijangka dapat dikutip menerusi peningkatan kadar cukai berkenaan dan perlu disalur kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata, selain itu boleh digunakan bagi melaksanakan bajet seimbang pada masa akan datang.

“Kerajaan perlu membina pendapatan melalui cukai. Kita sudah bercakap tentang reformasi percukaian tetapi bagaimana anda mahu melakukan reformasi tanpa menaikkan cukai?” katanya.

Veerinderjit juga memuji langkah kerajaan mengecualikan makanan dan minuman termasuk sektor telekomunikasi daripada berdepan kenaikan, di samping menekankan kesemuanya merupakan keperluan rakyat.

Katanya, rakyat perlu memahami bahawa kerajaan perlu menambah pendapatan melalui cukai.

“Jadi, kena terimanya. Kita perlu lebih bijak uruskan bajet,” katanya.

Selain itu, Veerinderjit berkata, kerajaan seharusnya menumpukan kepada pemansuhan cukai bagi transaksi antara perniagaan dan memberikan pemotongan cukai demi mengurangkan impak peningkatan harga.

Beliau berkata, penghapusan ‘cukai atas cukai’ (mengenakan cukai di setiap rantaian bekalan) akan mengekang kesan berganda kenaikan SST dan mengurangkan beban keseluruhan cukai kepada perniagaan dan pengguna.

Veerinderjit berkata, selain itu kerajaan perlu mensasarkan bajet lebihan pada masa hadapan.

“Ia akan membantu ketika berdepan situasi luar jangka bagi kegunaan mendesak,” katanya.

FARAH ROSLEY

Selain itu, Rakan Kongsi Pengurusan Percukaian EY, Farah Rosley berkata, perniagaan besar sebenarnya memperoleh beberapa bentuk insentif cukai.

Antaranya elaun cukai pelaburan bagi perbelanjaan modal.

“Jadi, perniagaan besar mungkin membayar tambahan dua peratus SST, namun mereka juga mendapat pengurangan, elaun cukai pelaburan dan ‘pioneer incentives’,” katanya.

Dalam pada itu, Farah berkata, tambahan pendapatan daripada hasil kenaikan SST perlu digunakan bagi memacu ekonomi.

Katanya, ia penting terutamanya ketika ekonomi global dibelenggu krisis.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan peningkatan SST dua peratus itu tidak membabitkan perkhidmatan keperluan penting seperti makanan dan minuman, tempat meletak kenderaan, telekomunikasi dan logistik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN