Kemampuan pemain Harimau Malaya diragui

Kemampuan pemain Harimau Malaya diragui

HARIMAU Malaya akan beraksi dalam Pestabola Merdeka pada September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mempamerkan aksi bertenaga serta tiada kesungguhan jelas ditunjukkan sebahagian pemain Harimau Malaya ketika tewas dua kali berturut-turut kepada Oman dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Sebaik sahaja tamat dua aksi tersebut, kualiti dan mutu permainan yang ditunjukkan pemain skuad kebangsaan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Persembahan longlai dan tidak bertenaga jelas kelihatan terutamanya ketika Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

Keputusan yang sama turut dicatatkan pada perlawanan pertama di Muscat, Oman.

Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata beliau tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai taktikal pasukan tetapi ketiadaan kesungguhan pemain jelas menarik perhatiannya.

“Keputusan dua aksi tersebut tidak memihak kepada kita dan sudah tentu ia menyukarkan peluang pasukan untuk mara ke peringkat seterusnya. Banyak perkara yang boleh diperkatakan daripada dua aksi itu.

“Sejauh mana kemampuan pasukan boleh bersaing terutamanya menentang pasukan dari negara Arab. Bagi saya, perlawanan di Kuala Lumpur pemain tiada kesungguhan. Saya tengok (Dion) Cools ada buat kesilapan tetapi dia tidak kejar.

“Saya tidak pasti mentaliti pemain bersedia atau tidak untuk beraksi ke tahap lebih tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu turut berkata faktor kepenatan menjalani ibadah puasa tidak perlu dijadikan alasan memandangkan sebahagian pemain kesebelasan utama bukan beragama Islam.

“Kalau nak kata penat sebab puasa itu tak patut sebab separuh pemain utama bukan Islam dan saya percaya mereka mesti mengamalkan diet pemakanan seperti biasa,” jelasnya.

Pada aksi bertemu Oman di Bukit Jalil, seramai enam pemain bukan Islam diturunkan dalam kesebelasan utama iaitu Dominic Tan, Stuart Wilkin, Darren Lok, Romel Morales, Dion Cools dan Corbin Ong.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya