PENDANG: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) perlu memastikan keberkesanan projek yang dilaksanakan mereka menjadi agenda utama agensi itu yang bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan luar bandar di negeri ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejak ditubuhkan pada 1981, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan kira-kira RM2.31 bilion kepada KEDA untuk menjalankan pelbagai projek yang memanfaatkan rakyat. Menurut beliau, pada tahun ini sahaja, KEDA menerima RM50.7 juta untuk pembangunan meliputi 11 projek prasarana berjumlah RM30.5 juta, enam projek ekonomi dan pertanian (RM8.45 juta), lima projek modal insan (RM8.87…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya