PETALING JAYA: Sebarang tindakan ke atas 34 pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya ditentukan berdasarkan hasil keputusan siasatan kelak. Cawangan Perhubungan Awam dalam satu kenyataan berkata, JKDM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut. Kata kenyataan itu, pendirian jabatan adalah jelas dan tegas yang mana tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai dan anggota terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti termasuk jenayah rasuah. “JKDM telah dan sedang mengambil langkah langkah proaktif secara berterusan bagi mengekang aktiviti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya