IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menyita 28 kenderaan mewah pelbagai jenama dalam serbuan di 12 lokasi berasingan di sekitar Perak dan Selangor sejak Januari lalu. Pengarah JKDM Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, kenderaan dengan nilai cukai keseluruhan sebanyak RM10.4 juta itu disita kerana dipercayai melanggar syarat pengecualian duti dan cukai. Katanya, dalam serbuan itu, 11 individu berusia antara 40 hingga 50 tahun yang disyaki pemilik kenderaan dan syarikat ditahan bagi membantu siasatan. “Kesemua kenderaan import itu disita bagi kesalahan ketidakpatuhan dan pelanggaran syarat atas pengecualian duti dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya