Kalau naskhah drama perlukan artis kontroversi itu, saya akan pakai - Michael Ang - Utusan Malaysia

Kalau naskhah drama perlukan artis kontroversi itu, saya akan pakai – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah terkemuka, Michael Ang tidak bersetuju dengan terma bahawa jika sesebuah produksi menggunakan khidmat artis kontroversi, maka kewujudannya dapat membantu melariskan drama.

Terma atau pandangan sebegitu katanya, adakala tidak boleh dipakai langsung kerana penonton akan tetap menilai nakshah drama yang disajikan dan bukan berdasarkan pelakon.

“Saya tak berani cakap kalau orang yang ada kontroversikah, skandalkah, dapat melariskan drama atau tidak. Kadangkala ambil orang yang tengah viral pun drama tetap tak jalan. Mungkin ya, kontroversi sedikit sebanyak dapat bantu orang ramai tahu cerita yang sedang ditayangkan.

“Tetapi, terpulang juga sama ada drama itu menarik atau tidak. Mungkin mula-mula orang akan tertarik, lama kelamaan disebabkan skandal atau kontroversi, orang jadi muak dan tak tengok pun drama itu,” katanya.

Selain itu, kata Michael, dia juga biasanya tidak akan mencampuri urusan peribadi seseorang pelakon yang bekerjasama dengannya dalam sesebuah produksi selagi pelakon terbabit tidak mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran.

“Kalau drama itu perlukan pembabitan pelakon itu, maka baru saya akan pakai walaupun dia sedang ada isu peribadi, tengah panas atau kontroversi. Bagaimanapun, saya tak akan pakai dia semata-mata dia sedang hangat sahaja demi nak lariskan drama. Itu berbeza ya.

“Saya tahu ada penerbit suka ambil yang tengah ‘panas’. Biasanya, saya akan ‘banned’ seseorang artis itu jika dia buat hal di tempat kerja saya. Kalau masalah peribadi, itu masalah peribadi dialah.

“Bagi saya, tak suka jika artis itu menyusahkan saya sebab semua benda melibatkan kos. Kalau jadi begitu, memang saya tak akan beri mukalah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya