IPOH: Perak menetapkan kadar zakat fitrah kepada RM8, RM16 dan RM24 bagi tahun hijrah 1445 dan Masihi 2024. Ia melibatkan bayaran RM8 bagi umat Islam yang menggunakan beras special tempatan (lima peratus hancur dan ke bawah) dan yang seumpama dengannya, sebagai makanan ruji. Bayaran RM16 pula kepada mereka yang menggunakan beras super import, beras perang 2, beras wangi dan yang seumpamanya manakala pengguna beras basmathi, beras pulut dan yang setara, dikenakan RM24. Tahun lalu, kadar zakat fitrah bagi negeri ini ialah RM7, RM14 dan RM21. Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya