Kabinet setuju 7 cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan

Kabinet setuju 7 cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan

SAIFUDDIN Nasution Ismail bercakap pada sidang akhbar di KDN, Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini bersetuju tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia setelah sesi libat urus yang intensif dan panjang dijalankan membabitkan kesemua pemegang taruh dikendalikan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Semua cadangan pindaan diambil kira termasuk setelah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) membuat perbincangan bersama ketua-ketua komponen Kerajaan Perpaduan dan ketua-ketua whip parti.

“Kita ada lapan cadangan pindaan iaitu tiga pindaan baharu dan empat peruntukan asal yang kita batalkan.

“Maka cadangan yang KDN bentangkan itu semuanya dipersetujui melainkan satu perkara iaitu 19(b) dan 14(1)(e), itu akan kekal,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 10 Jun 2023, media melaporkan KDN mengenal pasti lapan perkara untuk dimasukkan sebagai cadangan dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan memberi kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Saifuddin dilaporkan berkata, jawatankuasa khas kementerian yang ditubuhkan bagi meneliti perkara itu bersetuju untuk menerima lapan perkara itu, namun tiada ketetapan dibuat kerana ia perlu melalui proses lain di pelbagai peringkat.

Mengulas lanjut berhubung cadangan pindaan yang dikekalkan, Saifuddin memaklumkan perkara itu membabitkan bayi terdampar (foundling baby) dan seseorang yang lahir di negara ini tetapi tidak ada kerakyatan mana-mana negara.

“Kedua-dua ini kami mahu ubah kepada warganegara secara pendaftaran dan kami masukkan dalam fasal baharu 15(a)(2), (tetapi) dengan keputusan Kabinet hari ini, maknanya 19(b) dan 14(1)(e) masih kekal asal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Saifuddin turut memaklumkan satu sesi libat urus akan dijalankan pada Isnin depan bersama semua ahli Parlimen.

Terdahulu, pada 8 Mac lalu, Kabinet meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya