KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang pegawai kanan sebuah jabatan di Kontinjen Kuala Lumpur selepas disyaki melindungi aktiviti haram di ibu negara. Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu akan dibuat selepas siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai. “Saya mengesahkan pegawai kanan berpangkat Deputi Superintenden itu ditahan SPRM, kelmarin. “SPRM telah memaklumkan tangkapan pegawai itu kepada saya. Biarlah SPRM siasat dahulu, kemudian siasatan dalaman akan dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi Utusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya