KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI (Singapura), Kevin Michael Swampillai mengakui, bank itu tidak pernah membuat pengesahan sama ada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low benar-benar mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak atau sebaliknya. Dalam prosiding sebelum ini, Swampillai dalam keterangannya berkata, Jho Low sering mewakilkan dirinya kepada pengurusan kanan bank itu sebagai penasihat kepada bekas Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Penasihat Emeritus SRC International Sdn. Bhd. ketika itu. Swampillai turut bersetuju segala transaksi meragukan yang dilakukan oleh SRC International ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya