Jepun sedia eksport jet pejuang - Utusan Malaysia

Jepun sedia eksport jet pejuang

This photo taken on September 8, 2017 shows Kawasaki T-4 subsonic intermediate jet aircraft, Japan Air Self-Defense Force (JASDF) 2nd Air Wing 203rd Tactical Fighter Squadron, taking off at Chitose Air Base located in Chitose, Hokkaido prefecture. (Photo by KAZUHIRO NOGI / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kabinet Jepun meluluskan eksport jet pejuang baharu yang sedang dibangunkan bersama United Kingdom (UK) dan Itali. 

Langkah itu sekali gus melonggarkan peraturan eksport senjata kepada negara yang tidak mempunyai konflik berterusan. 

Negara matahari terbit itu berikrar untuk menggandakan perbelanjaan ketenteraan menjelang 2027, susulan ancaman yang ditimbulkan oleh China dan Korea Utara. 

Pihak berkuasa memaklumkan setiap penjualan jet pejuang memerlukan kelulusan Kabinet. 

Pada Disember 2022, Jepun menyertai kerjasama UK-Itali, yang digelar Tempest untuk membangunkan jet pejuang baharu yang menggunakan kecerdasan buatan dan penderia lanjutan untuk membantu juruterbang. 

Jet itu dijangka digunakan menjelang 2035. 

Langkah terbaru itu dibuat menjelang lawatan rasmi Perdana Menteri, Fumio Kishida ke Amerika Syarikat (AS), April depan. 

Beliau dijangka menekankan kerjasama Tokyo dengan Washington dan kesediaan negara itu untuk terlibat lebih lanjut dalam perkongsian pertahanan.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya