DUNGUN: Berapa orang jemaah di salah sebuah masjid di bandar Dungun, dekat sini, terpaksa pulang ke rumah mereka dengan ‘berkaki ayam’ selepas selipar mereka hilang, dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab. Salah seorang mangsa, Khairi Ridzman, 24, yang tinggal di Kampung Balai Besar berkata, kejadian itu berlaku ketika dia bersama beberapa rakannya ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Tarawih sempena malam pertama bulan Ramadan, malam tadi. “Ketika kami mahu masuk ke dalam masjid kira-kira pukul 8 malam, kami letak selipar di luar pintu masjid. “Kami hanya sedar selipar hilang ketika mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya