KUALA LUMPUR: Syarikat yang meletakkan label ‘Tanpa Minyak Sawit’ pada produk mereka boleh didenda sehingga RM250,000 mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penggunaan label itu adalah bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit negara. Menurutnya, undang-undang tersebut memang ada, cuma tidak dilaksanakan lagi. “Kita akan pergi ke pasar raya yang bawa produk ini. Kalau penguatkuasaan, mereka akan kena serta-merta. Mereka kena tarik atau kena denda,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FGV dan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya