ARAU: Janaan sisa makanan hasil perniagaan di negeri ini menunjukkan penurunan sekitar 3.71 peratus berbanding tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, pada tahun ini, janaan sisa makanan yang direkodkan adalah sebanyak 1,782.45 tan metrik berbanding 1,851.12 tan tahun lalu. “Kita lihat ada penurunan dan ini adalah kejayaan besar buat agensi-agensi kita yang bersama-sama dalam kempen ini,” katanya ketika ditemui elepas Program Kongsi Rezeki Bersempena Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran Bulan Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Arau, di sini, semalam. Sementara itu, Asrul Aimran memberitahu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya