Berinteraksi melalui alat muzik. Itu yang dilakukan oleh Project ‘A’ Band untuk meningkatkan interaksi antara kanak-kanak dan remaja yang menyertai kumpulan berkenaan. Kumpulan muzik yang ditubuhkan pada tahun 2018 itu ditubuhkan bertujuan menyemai minat dan memperkembangkan ilmu muzik kepada generasi muda khususnya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mereka bukan sahaja belajar bermain alat muzik tetapi antara fokus utama adalah menggunakan alat muzik bagi tujuan berinteraksi antara satu sama lain melalui komposisi muzik yang dipilih. Di bawah kendalian Guru Muzik, Mohammad Nornazlee Irwan Lee, Project ‘A’ Band turut didedahkan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya