Hilang kuasa punca Jambatan Baltimore dirempuh kapal Singapura

Hilang kuasa punca Jambatan Baltimore dirempuh kapal Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebuah kapal berdaftar di Singapura yang merempuh jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland dipercayai kehilangan kuasa, semasa kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan), Selasa lalu.  

Pengendali kapal, Synergy Marine Group memaklumkan kapal kontena Dali berkapasiti 10,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) itu sedang membawa 4,679 TEU kontena sedang dalam pelayaran ke Colombo, Sri Lanka.

Synergy Marine turut memaklumkan kepada Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengenai kapal kontena itu yang bertindak melabuhkan sauhnya sebagai sebahagian daripada prosedur kecemasan kapal sebelum melanggar jambatan.  

“Sebelum kejadian, kapal itu kehilangan kawalan sehingga menyebabkan tidak dapat mengekalkan arah yang diingini dan bertembung dengan jambatan itu,” katanya dalam kenyataan. 

Kesemua 22 kru warga India selamat dan tiada kecederaan serta insiden pencemaran dilaporkan akibat pelanggaran itu. 

Dalam perkembangan sama, MPA memaklumkan kapal kontena itu lulus menjalani dua pemeriksaan pelabuhan asing, tahun lalu. 

“Ketika pemeriksaan dilakukan pada Jun tahun lalu, kerosakan pada alat pengawasan ukuran bagi tekanan minyak diperbetulkan sebelum kapal tersebut berlayar dari pelabuhan. 

“MPA turut mengesahkan sijil daripada pertubuhan dan pihak tertentu yang memastikan keberkesanan kapal dan peralatannya berfungsi adalah sah ketika insiden tersebut berlaku,” katanya.

Singapura mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan siasatan ke atas kemalangan Baltimore.

Di bawah Perkara 94 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Undang-Undang Laut, negara bendera kapal juga bertanggungjawab mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan kapal melalui pembinaan, peralatan dan kelayakan laut.

Sebuah kapal terikat dengan undang-undang dan keperluan peraturan negara bendera, yang bertanggungjawab untuk penguatkuasaan piawaian.

Menurut laporan media antarabangsa, darurat diisytiharkan di Maryland berikutan insiden yang menyaksikan jambatan Francis Scott Key runtuh, mengakibatkan beberapa kenderaan terhumban ke dalam Sungai Patapsco.

Seramai 20 mangsa dipercayai berada di dalam sungai itu bersama banyak kenderaan lain. 

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyifatkan kejadian tersebut sebagai ‘kemalangan buruk’, dan berjanji untuk membuka pelabuhan serta membina semula jambatan itu. -CNA 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya