PUTRAJAYA: Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa pagi semalam berjaya dibawa naik ke daratan. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana (M) Datuk Hamid Mohd Amin berkata, proses itu dilaksanakan dengan bantuan pihak syarikat penyelenggaraan pesawat udara agensi ini kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi. Katanya, pesawat berkenaan kemudiannya dibawa berlabuh di jeti Pelabuhan Klang seterusnya dibawa ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) pada pukul 3.30 pagi untuk tindakan lanjut. “Sementara itu, empat kru yang terlibat dalam insiden berkenaan dilaporkan stabil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya