PADANG BESAR: Hasrat seorang pengusaha harumanis untuk menuai hasil musim ini tidak kesampaian apabila 40 pokok mempelam yang sudah mengeluarkan buah di kebunnya di Kampung Semadong, Beseri di sini, hangus terbakar. Punca kebakaran pokok itu tidak diketahui namun dipercayai akibat cuaca panas melampau yang bermula daripada kebakaran hutan berhampiran kebun tersebut. Berikutan itu, pengusaha berkenaan mengalami kerugian dianggarkan RM100,000 melibatkan kemusnahan pokok, sistem pengairan dan tanaman lain di kebun tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahmad Mahfudz Othman, 52, berkata, dia mengusahakan tanaman harumanis berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan sudah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya