LUMUT: Seekor harimau dahan ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dekat sini semalam. Video mengenai bangkai harimau itu yang ditemui di tepi lebuh raya itu di laluan yang baharu dibuka antara Trong dan Beruas itu, tular dalam media sosial hari ini. Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, haiwan yang mati itu adalah jantan seberat 20 kilogram dan dianggarkan berusia lima tahun. “Kita sudah ambil karkas atau bangkai haiwan yang sudah busuk dan kembung itu petang semalam,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya