KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menggantung tugas seorang guru untuk tempoh sementara selepas guru tersebut didakwa memperdagangkan seorang wanita di sebuah kondominium, di sini, baru-baru ini. Pengarahnya, Jelani Sulong berkata, tindakan itu bertujuan memberi ruang kepada siasatan lebih terperinci berhubung pertuduhan tersebut. Menurutnya, kes itu masih di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia dan JPNT akan menunggu keputusan mahkamah sebelum mengambil tindakan selanjutnya. “Baru-baru ini, guru tersebut telah dituduh di mahkamah namun dia tidak mengaku bersalah. Mahkamah telah menetapkan 31 Mac depan depan bagi sebutan semula kes itu. “Jadi, kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya