KLANG: Kementerian Pendidikan akan menentukan tindakan terhadap seorang guru yang dikatakan bercinta dengan anak muridnya dekat sebuah sekolah menengah di Sepang, selepas polis selesai lakukan siasatan. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tindakan tersebut akan bergantung kepada hasil daripada siasatan oleh polis dan pihaknya kini sedang menunggu proses tersebut selesai sebelum sebarang keputusan dibuat. “Selepas selesai siasatan, guru ini tidak boleh berurusan dengan murid terbabit. “Apapun, semua tindakan yang bakal diambil ke atas guru berkenaan mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Temu Mesra…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya