SEBAGAI persediaan memasuki sesi baharu persekolahan esok, Pertubuhan Peduli Waghih Negeri Sembilan mengadakan program gunting rambut percuma bertujuan meringankan beban ibu bapa dan penjaga, semalam. Kira-kira 50 pelajar sekolah menengah dan rendah di Rembau, Negeri Sembilan terlibat dalam program itu yang diadakan di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Penganjurannya turut mendapat kerjasama daripada Biro Belia Masjid Jamek An-Nur dan menggunakan khidmat tiga tukang gunting rambut. Program tahun ketiga pelaksanaannya itu adalah bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam menguruskan perbelanjaan anak-anak masing-masing ke sekolah. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya