BESUT: Seekor gajah jantan liar yang berkeliaran di beberapa kampung di Jabi, Besut berjaya ditangkap, semalam. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima aduan berhubung haiwan itu pada 4 Mac lalu. “Susulan itu enam anggota telah membuat pemantauan beberapa hari sebelum berjaya menangkap gajah jantan dianggarkan seberat dua tan petang semalam. “Gajah itu telah ditangkap kira-kira pukul 4 petang di Kampung Dendong, Bukit Keluang,” katanya ketika ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, gajah tersebut kini dalam keadaan stabil dan sihat. Katanya, gajah tersebut dijangka dipindahkan ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya