Eskayvie terokai teknologi berpaten CIGF™ Cell Tissue Technology - Utusan Malaysia

Eskayvie terokai teknologi berpaten CIGF™ Cell Tissue Technology

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Peneraju produk kesihatan halal, Eskayvie Sdn Bhd dan Cell Tissue Technology Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik serta eksklusif untuk penyelidikan bersama dalam bidang kecantikan dan kesihatan kulit di Ibu Pejabat MTDC Malaysian Technology Development Corporation.

Ia merupakan kerjasama ulung dalam industri kecantikan bertujuan untuk lebih memahami, mengenal pasti masalah berkaitan kulit serta memberi solusi terkini dalam membangunkan teknologi kecantikan Eskayvie.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, kerjasama penyelidikan strategik ini menggabungkan pengetahuan saintifik mendalam Eskayvie mengenai kesihatan holistik serta kepakaran penyelidikan dan pembangunan Cell Tissue Technology Sdn Bhd untuk membangunkan teknologi sel stem berpaten iaitu Collagen Inducing Growth Factors (CIGF™).

Menerusi teknologi ini, katanya, ia dapat membantu meningkatkan faktor penumbuhan sel baru dan kolagen untuk kesihatan kulit seperti VEGF, TGFb1, PDGF dan IGF serta menggalakkan kesan regenerasi kulit untuk mengatasi kedutan, pigmentasi, jerawat dan jeragat serta membantu kesan mencerahkan, meningkatkan kelembapan di dalam kulit, perlindungan antioksidan dan kesan anti-penuaan.

“Eskayvie telah memberikan sepenuh komitmen selama 15 tahun dalam penerokaan inovasi dan teknologi terkini kerana kami yakin dengan kelebihan sains, formulasi terbaik dan keberkesanan penyelidikan klinikal dapat membantu para wanita diluar sana.

“Kami juga sangat bersyukur atas kerjasama penyelidikan yang erat bersama pakar dalam teknologi kesihatan kulit iaitu Cell Tissue Technology.Dengan kerjasama ini, Eskayvie akan menerajui era baru kesihatan kulit melalui teknologi paten CIGF™, membolehkan setiap individu di Malaysia mendapat produk yang berkualiti dan berkesan untuk semua golongan.

“Kami komited melabur RM 2 juta untuk memulakan penyelidikan bersama dengan rakan penyelidik kami dan memperuntukan sebanyak RM 50 juta secara keseluruhannya selama 3 tahun untuk memasarkan teknologi ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran luar negara.” katanya.

Selain itu, Pengarah Urusan Cell Tissue Technology, Dr Khairul Idzwan Baharin berkata, kerjasama antara Eskayvie dan Cell Tissue Technology menjanjikan inovasi kepada pengguna.

“Kami berharap menerusi kolaborasi penyelidikan strategik ini, kami dapat mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaru mengenai kesihatan kulit sekaligus membantu pengguna menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit dengan lebih berkesan.

“Sasaran kami agar pembangunan teknologi CIGF™ ini memberi manfaatnya dapat disebarkan ke pasaran lebih besar” katanya.

Eskayvie bakal melancarkan rangkaian produk menerusi teknologi paten CIGF™ di bawah jenama Amarra.

Kerjasama ini dijangka akan membuka pintu kepada lebih banyak penemuan baru yang akan membawa industri kecantikan ke tahap yang lebih tinggi, selain dapat memberikan pengguna akses kepada produk-produk terkini yang berkesan dan selamat untuk kecantikan dan kesihatan kulit mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya