PUTRAJAYA: Sebanyak enam pasukan petugas khas diwujudkan dalam memperkasakan haluan pendidikan negara tahun ini, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan. Menurutnya, terdapat beberapa bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui pasukan petugas khas tersebut dalam memastikan setiap keberhasilan yang berkualiti dapat dicapai. “Saya tegaskan apa yang perlu dilaksanakan pada tahun 2024 adalah kita perlu perkukuhkan kualiti pendidikan kita bagi memastikan kualitinya berada pada tahap yang terbaik. “KPM sentiasa memberikan komitmen tinggi untuk memastikan bahawa tidak ada seorang pun anak warganegara Malaysia yang tercicir dari arus pendidikan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya