PETALING JAYA: Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah di Kajang dekat sini, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan itu pada pukul 3.04 petang. Menurut beliau, dalam kejadian tersebut, dua pelajar sekolah didakwa diserang sekumpulan 10 lelaki dengan menggunakan paip Polyvinyl Chloride (PVC) dan batang besi sehingga mencederakan kedua-dua mangsa sebelum semua suspek melarikan diri menaiki dua buah kenderaan. “Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun yang cedera di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya