PUTRAJAYA: Peminat sains angkasa tempatan perlu memahami bahawa ekuinoks bukan bermaksud mesti tepat tempoh siang dan malam sama panjangnya 12 jam dalam sehari. Sebaliknya, menurut pakar falak terkenal tanah air, Datuk Dr. Azhari Mohamed, fenomena alamiah tetap dua kali dalam setahun itu mungkin disalah faham kerana silap terjemahan. “Ada pihak mendakwa kononnya ketika ekuinoks musim bunga pada 20 Mac (hari ini), berlaku siang dan malam sama tempoh 12 jam, ini adalah tidak tepat,” katanya ketika dihubungi. Baru-baru ini, penggemar astronomi di Malaysia teruja dengan kemunculan fenomena itu yang berlaku awal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya