GEORGE TOWN : Seorang tauke pub ditahan bersama isteri serta seorang lagi rakan mereka kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dalam beberapa serbuan berasingan iaitu di Tanjong Tokong dan Gelugor, Khamis lalu. Dalam operasi terancang yang berlangsung sehingga awal pagi Jumaat itu, kesemua syabu yang dirampas dianggarkan seberat 9,310 gram dengan nilai RM307,230. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, tauke pub itu ditahan dalam serbuan pertama berhampiran sebuah pasar raya di Tanjung Tokong dan polis turut merampas lima paket ketulan kristal seberat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya