SEMENYIH: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memperkenalkan sistem e-Dereg, perkhidmatan pembatalan pendaftaran pemilikan kenderaan motor secara atas talian. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia bagi menangani isu lambakan kenderaan buruk dan terbiar di kawasan perumahan. Katanya, sistem itu membolehkan mana-mana pemilik berdaftar yang berhasrat melupuskan kenderaan motor untuk membuat pembatalan pendaftaran kenderaan secara atas talian. “Salah satu perkara yang menyebabkan pemilik kenderaan tidak berminat untuk menyelesaikan isu kenderaan terbiar adalah kerumitan proses bagi melupuskan kenderaan dengan teratur. “Sistem e-Dereg ini membolehkan pemilik untuk membatalkan pendaftaran kenderaan tanpa perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya