DUNGUN: Keseronokan tiga kanak-kanak menghabiskan cuti persekolahan dengan mandi di Pantai Teluk Lipat, dekat sini, bertukar tragedi apabila dua daripadanya ditemukan lemas, petang tadi. Mayat mangsa, Muhammad Danish Mikail Abdullah, 9, ditemukan kira-kira pukul 4.55 petang oleh pasukan penyelamat pada jarak 150 meter dari lokasi dia dipercayai dihanyutkan ombak. Mayat rakannya, Mohammad Atiff Farrduqi Zainuddin, 11, ditemukan kira-kira pukul 6.25 petang pada jarak 300 meter dari lokasi kejadian. Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka, Ahmad Aril Farhan Mat Zain yang juga berusia 11 tahun sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya