Dua maut, Myvi bertembung di Tanjung Labuh

Dua maut, Myvi bertembung di Tanjung Labuh

KEADAAN Kereta Produa Myvi dipandu Chin Sio Mei dan Mohammad Ariff Azeem Ahmad selepas bertembung dalam kemalangan di Kilometer 103, Jalan Johor Bahru - Melaka berhampiran Tanjung Labuh di Batu Pahat malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki dan seorang wanita maut akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 103, Jalan Johor Bahru – Melaka berhampiran Tanjung Labuh di Batu Pahat malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.40 malam melibatkan seorang wanita iaitu Chin Sio Mei, 43, dan seorang lelaki, Mohammad Ariff Azeem Ahmad, 22.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Chin Sio Mei yang memandu  Produa Myvi dalam perjalanan dari Rengit menuju ke Batu Pahat, manakala Mohammad Ariff Azeem turut memandu Produa Myvi dari arah bertentangan. 

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu Mohammad Ariff Azeem dikatakan telah memasuki laluan bertentangan menyebabkan kenderaannya bertembung dengan kereta dinaiki Chin Sio Mei. 

“Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini. 

Menurut Ismail lagi, kedua-dua mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya