KUALA LANGAT: Polis sedang memburu dua lelaki bertopi keledar yang meragut rantai leher pekerja sebuah kedai serbaneka di Jenjarom di sini, menerusi satu laporan dibuat mangsa, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa wanita berusia 51 tahun itu pukul 12.24 tengah hari. “Mangsa mendakwa didatangi dua lelaki tempatan yang memakai topi keledar ke dalam kedai tersebut. Salah seorang suspek kemudian menarik rantai leher hingga menyebabkan dia terjatuh,” katanya hari ini. Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 17 saat tular…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya