LUMUT: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Ayer Tawar dekat sini bulan lalu. Pekerja kedai mencuci kenderaan, M.Saravanan, 43, dan penganggur, M.Thamilselvan, 48, didakwa menyebabkan kematian terhadap M.Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru, Ayer Tawar, dekat sini. Mereka dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 5 pagi hingga 9 malam pada 10 Februari lalu. Kedua-duanya yang mempunyai hubungan persaudaraan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya