PETALING JAYA: Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP) yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam disyaki menerima wang suapan dalam bentuk tunai daripada sindiket perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme di sekitar Kuala Lumpur. Satu sumber mendedahkan, suapan itu diperoleh suspek yang berusia 40-an antara tahun 2021 hingga awal tahun ini. “Hasil penahanan ke atas suspek, SPRM turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1.2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek. “Suspek utama telah ditahan di Putrajaya kelmarin, manakala suspek kedua yang merupakan anggota bawahannya ditahan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya